HUBUNGI SAYA
TINGKAT 2 BANGUNAN UMNO
P/S 60793,9101
TAWAU SABAH
EMAIL : Ilhamawy@yahoo.com
NO/PHON : 0148584562
Tuesday, April 21, 2009
BEDAK LEPAS BERSALIN
Posted by MR ILHAMZ at 4:29 PM
BEDAK SEJUK PSP
psp ni da lama bertapak ditawau,tapi belum di promosi ke seluruh negara,
produk ini bagus untuk digunakan pada kulit-kulit yang bermasalah seperti
jerawat,bintik-bintik hitam dan mengurang kan minyak pada wajah,
sekarang kita pun tahu keadaan cuaca dan lapisan ozon yang kurang baik
boleh menyebabkan kulit muka kita tidak setabil..
oleh tu apa lagi..kita cubalah produk ini insyallah kulit wajah anda akan
baik seperti sedia kala..
HARGA: RM 7.00 SEBOTAL KAWASAN TAWAU..
RM 10.00 SEBOTAL KAWASAN KK DA TERMASUK KOS PENGHANTARAN..
RM 15.00 SEBOTOL BAGI KAWASAN SEMENANJUNG MALAYSIA TERMASUK PENGHANTARAN..
HUBUNGI SAYA..JIKA ANDA BERMINAT..BELUM CUBA BELUM TAHU
Posted by MR ILHAMZ at 4:14 PM
Friday, April 3, 2009
PENGUSAHA LAIN AMPLANG
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Pertanian Tawau Dr Abdul Rahim Awang berkata setakat ini terdapat kira-kira 10 orang pengusaha amplang di Tawau di bawah bimbingan pelbagai agensi.Pada masa ini Tawau merupakan pengeluar keropok amplang utama di Sabah dengan mengeluarkan kira-kira 120 tan metrik amplang setahun bernilai RM2.2 juta, katanya.
Posted by MR ILHAMZ at 5:38 PM
PENGIKTIRAFAN PELBAGAI PIHAK
Rosma kini menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan beberapa agensi berkaitan untuk meluaskan pemasaran amplangnya termasuk ke Brunei dan Singapura.Fokus perusahaannya juga berkembang kepada pengeluaran produk makanan ringan seperti kerepek pisang dan kuih muih tradisional.Melalui amplang, Rosma berjaya memperoleh beberapa anugerah peringkat negeri dan kebangsaan dan yang terbaru tahun lalu beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Pemprosesan Makanan Ringan 2007 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Terengganu.Lebih membanggakan, Rosma buat kali kedua terpilih menyertai pameran hasil pertanian terbesar negara iaitu Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di Serdang."Tentunya pemilihan ini akan memberi peluang kepada saya untuk melebarkan lagi pasaran keropok amplang saya," katanya.
Posted by MR ILHAMZ at 5:35 PM
TAWAU, 12 Ogos (Bernama)
-- Rosma Norhayati Titing hanya meminta modal sebanyak RM350 daripada ibunya, untuk membuat dan menjual keropok amplang sebaik tamat sekolah menengah kira-kira 20 tahun lalu.
Keropok dalam bentuk bebola ringan itu yang diperbuat daripada bahan ikan tenggiri dan udang, pada mulanya digemari di Sabah, kini turut menembusi pasaran di Semenanjung, Brunei dan Singapura.
Dan Rosma, 39, boleh berbangga menjadi pengusaha terbesar amplang di Tawau dengan meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Perusahaannya berpusat di Kampung Wakuba dekat sini, dan kini mampu mengeluarkan kira-kira 80kg amplang sehari.
"Saya mulakan perusahaan ini sebaik meninggalkan alam persekolahan. Ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Jadi, daripada duduk saja di rumah, saya mengambil keputusan membuat amplang," katanya kepada Bernama di Ekspo Usahawan Tani Tawau di sini baru-baru ini.
Posted by MR ILHAMZ at 5:28 PM