PENGIKTIRAFAN PELBAGAI PIHAK
Rosma kini menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan beberapa agensi berkaitan untuk meluaskan pemasaran amplangnya termasuk ke Brunei dan Singapura.Fokus perusahaannya juga berkembang kepada pengeluaran produk makanan ringan seperti kerepek pisang dan kuih muih tradisional.Melalui amplang, Rosma berjaya memperoleh beberapa anugerah peringkat negeri dan kebangsaan dan yang terbaru tahun lalu beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Pemprosesan Makanan Ringan 2007 sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan di Terengganu.Lebih membanggakan, Rosma buat kali kedua terpilih menyertai pameran hasil pertanian terbesar negara iaitu Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2008 di Serdang."Tentunya pemilihan ini akan memberi peluang kepada saya untuk melebarkan lagi pasaran keropok amplang saya," katanya.
New developer tools for Google AI Pro and Ultra subscribers
-
Google Developer Program (GDP) premium benefits are now included in Google
AI Pro and Google AI Ultra.
14 hours ago








