TAWAU, 12 Ogos (Bernama)
-- Rosma Norhayati Titing hanya meminta modal sebanyak RM350 daripada ibunya, untuk membuat dan menjual keropok amplang sebaik tamat sekolah menengah kira-kira 20 tahun lalu.
Keropok dalam bentuk bebola ringan itu yang diperbuat daripada bahan ikan tenggiri dan udang, pada mulanya digemari di Sabah, kini turut menembusi pasaran di Semenanjung, Brunei dan Singapura.
Dan Rosma, 39, boleh berbangga menjadi pengusaha terbesar amplang di Tawau dengan meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
Perusahaannya berpusat di Kampung Wakuba dekat sini, dan kini mampu mengeluarkan kira-kira 80kg amplang sehari.
"Saya mulakan perusahaan ini sebaik meninggalkan alam persekolahan. Ketika itu saya tidak mempunyai apa-apa pekerjaan. Jadi, daripada duduk saja di rumah, saya mengambil keputusan membuat amplang," katanya kepada Bernama di Ekspo Usahawan Tani Tawau di sini baru-baru ini.
Missouri and Google partner on AI and career training
-
Google is partnering with Missouri to provide 1.1 million students free
access to Gemini for Education and career certificates. See how to get
started.
1 week ago








